Remaja perempuan Palestin dihukum penjara 8 tahun

AL-QUDS, 4 Jan 2017 (PIC) — Mahkamah Majistret Zionis pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara selama lapan setengah tahun dan denda sebanyak 10,000 shekel (RM11,500) ke atas remaja Marah Bakir, 18, dalam keadaan beliau masih cedera akibat ditembak polis Zionis.

Marah ditangkap selepas cedera ditembak apabila dituduh cuba menikam seorang pegawai polis Zionis tidak lama selepas meninggalkan kawasan sekolahnya di kejiranan Sheikh Jarrah di al-Quds pada 12 Oktober 2015.

Beliau yang sedang dikurung di penjara HaSharon masih belum pulih dari kecederaan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts