Reputasi HP menjunam akibat bersekongkol dengan penjajahan Zionis

LONDON, 3 Mei 2017 (MEMO) — Reputasi pengeluar barangan elektronik tersohor, Hewlett Packard (HP), menjunam apabila lebih 21,000 pengguna berikrar untuk memboikot produknya.

HP merupakan salah satu syarikat yang disasarkan oleh pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS) dan Kempen Solidariti Palestin di Britain, di mana pengguna memboikot produk mereka sehingga mereka menamatkan penglibatan dengan penjajahan Zionis ke atas Palestin.

Teknologi HP digunakan dalam kad pengenalan biometrik Zionis yang dikeluarkan di Tebing Barat dan digunakan untuk mengawal dan memantau pergerakan penduduk Palestin. Teknologi tersebut juga digunakan untuk membezakan bangsa Palestin daripada Yahudi.

HP juga membekalkan dan memberikan khidmat sokongan untuk prasarana utama teknologi maklumat kepada tentera laut Zionis, sekaligus membantu rejim untuk mengepung seluruh penduduk Gaza. Teknologi mereka juga digunakan oleh pihak penjara Zionis, yang mengurung penduduk Palestin termasuk kanak-kanak serta menafikan hak tahanan untuk mendapat pengadilan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts