Ribuan fanatik Yahudi berpesta sepanjang malam di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 4 Nov 2018 — Ribuan fanatik dari kalangan pendatang Yahudi berpesta di Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil dari awal malam sehingga awal pagi tadi, kononnya sempena menyambut hari Sarah Imeinu [Sarah Ibu Kami – merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim AS].

Mereka bernyanyi dan menari dengan suasana hiruk-pikuk.

Terdahulu, mereka menyerang penduduk dan kedai-kedai Palestin serta menghalang para jemaah memasuki kawasan masjid.

Tentera Zionis turut menutup dan mengepung kawasan Bab al-Zawiya, Jalan Beersheba dan Jalan al-Shuhada, sementera gerombolan besar anggota tentera dikerah ke seluruh Kota Lama dan berkawal di atas bumbung-bumbung rumah.

Kedai-kedai di kawasan terbabit dipaksa tutup.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts