Ribuan hadir solat jenazah Dr. Fadi al-Batsh

KUALA LUMPUR, 25 Apr 2018 — Ribuan aktivis dan penduduk awam termasuk mereka yang berasal dari Palestin membanjiri surau di Medan Idaman Setapak untuk menunaikan solat jenazah Dr. Fadi Mohammad al-Batsh tengahari tadi.

Jenazah beliau kemudian dibawa ke lapangan terbang KLIA untuk dihantar pulang ke tempat kelahiran beliau di Jabaliya, utara Gaza.

Dr. Fadi meninggal dunia setelah ditembak oleh orang yang tidak dikenali awal pagi Sabtu 21 April lalu, ketika beliau sedang menuju ke surau di Medan Idaman untuk menunaikan solat Subuh. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, percaya bahawa pembunuhan tersebut mungkin telah dilakukan oleh ejen perisikan asing.

Semoga Allah merahmati roh beliau, serta menerima beliau sebagai seorang syahid dalam menegakkan Islam dan pembebasan bumi barakah Palestin.

(BHP)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts