Ribuan jemaah dihalang masuk solat Jumaat di al-Aqsa

AL-QUDS, 17 Jun 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis pagi tadi menjadikan kota al-Quds seperti sebuah zon tentera dan menghalang ribuan penduduk Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk mengerjakan solat Jumaat.

Ribuan polis dan pengawal sempadan Zionis dikerahkan ke seluruh kawasan timur al-Quds, termasuk Kota Lama dan sekitar kawasan masjid ketiga paling suci itu.

Buat minggu kedua, polis Zionis mengharamkan ribuan penduduk Tebing Barat memasuki al-Quds untuk bersolat di Masjid al-Aqsa.

Pihak Zionis hanya membenarkan lelaki yang berumur lebih 45 tahun dan wanita tanpa batasan umur memasuki masjid suci itu.

Perbalahan dilaporkan berlaku di sekatan-sekatan dan pintu-pintu lintasan. Beberapa penduduk dilaporkan pengsan kerana terpaksa menunggu lama dalam keadaan panas terik.

Beberapa pemuda cuba memanjat Tembok Pemisah tetapi ditembak dengan peluru getah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts