AL-QUDS, 9 Dis 2016 (PIC) — Ribuan jemaah menuju ke Masjid al-Aqsa sejak waktu Subuh dan awal pagi untuk mendengar khutbah dan mendirikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, dalam keadaan pihak Zionis mengetatkan kawalan di seluruh kota suci al-Quds, terutamanya di Kota Lama.
Dron Zionis berlegaran di ruang udara Kota Lama al-Quds selepas para jemaah selesai mendirikan solat.
Dalam khutbah beliau, Mufti Besar al-Quds dan Palestin Sheikh Mohamed Hussein mengecam tindakan agresif Zionis meluaskan penempatan haram dan memperhebat proses Yahudisasi di kota al-Quds. “Al-Quds tidak tertakluk kepada undang-undang penjajahan, berdasarkan amalan, konvensyen serta resolusi antarabangsa. Tetapi ia adalah tanah wakaf umat Islam,” tegas beliau.