Ribuan pemuda Palestin dihalang masuk Masjid al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 16 Jun 2017 (PIC) — Pasukan keselamatan penjajah Zionis hari ini dikerahkan ke seluruh kota Baitul Maqdis untuk menghalang ribuan pemuda Palestin memasuki Masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Jumaat, menjadikan kota suci itu seperti sebuah kota tentera.

Pertempuran tercetus di sekatan Qalandiya apabila tentera menghalang mereka melintas.

Mereka yang berumur di bawah 40 tahun, termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, dihalang menuju ke Masjid al-Aqsa, sehingga puluhan daripadanya bertindak memanjat Tembok Pemisah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts