Ribuan pendatang Yahudi berarak ke Tembok al-Buraq

AL-QUDS, 1 Ogos 2017 — Ribuan pendatang Yahudi berarak dari Pintu al-Jadeed di Kota Lama al-Quds menuju ke Tembok al-Buraq di barat Masjid al-Aqsa malam tadi, sambil mengibarkan bendera Zionis, melakukan ritual serta melaungkan slogan perkauman terhadap penduduk Palestin.

Perarakan yang diiringi oleh pasukan polis Zionis itu adalah bersempena perayaan Tisha B’Av selama dua hari, bagi memperingati pemusnahan Kuil Sulaiman serta beberapa malapetaka lain yang pernah menimpa kaum Yahudi.

Kumpulan-kumpulan pelampau Temple Mount menyeru pendudukan Yahudi menyertai perarakan besar-besaran serta menghasut pengikut mereka menceroboh masuk Masjid al-Aqsa bagi menyembut perayaan tersebut.

Ketika berarak, mereka merosakkan harta dan kedai milik penduduk al-Quds, serta menyerang kejiranan Afrika yang terletak bersebelahan Masjid al-Aqsa. Pertempuran juga tercetus berdekatan Pintu Hatta, di mana tentera membantu kumpulan pendatang Yahudi bertempur dengan penduduk Palestin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts