AL-KHALIL, 13 Apr 2017 (PIC) — Pasukan tentera Zionis yang lengkap bersenjata mengiringi ribuan pendatang Yahudi menyerbu masuk Masjid Ibrahimi di al-Khalil bagi menyambut perayaan Paskah Yahudi pagi tadi.
Serbuan dibuat sejurus selepas kawasan tersebut ditutup kepada para jemaah dan juga pelawat bukan Yahudi.
Jabatan Wakaf mengecam tindakan Zionis isu, yang cuba mengubah status atau identiti Islam di masjid bersejarah itu dan mencabul hak orang Islam beribadah secara aman.