RAMALLAH, 15 Mac 2016 (Maan) — Ribuan penduduk Palestin di kem Qalandia berarak mengiringi majlis pengkebumian Nahed Mutair, 24 tahun, yang meninggal dunia di Hospital Hadassah di al-Quds setelah cedera parah ditembak pada 1 Mac lalu.
Nahed dikejarkan ke Kompleks Perubatan Ramallah selepas ditembak di bahagian leher dalam satu pertempuran di kem tersebut. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Hadasah setelah keadaannya semain meruncing.
Pihak tentera penjajah mendakwa bahawa dua askar mereka memasuki kem Qalandia secara tidak sengaja setelah tersesat jalan. Mereka dikatakan berlari menyelamatkan diri setelah jip mereka terbakar dibaling dengan bom molotov, yang kemudiaannya menyebabkan pasukan tentera termasuk helikopter dikerah membanjiri kem tersebut.
Dalam pertempuran tersebut pemuda Iyad Omar Sajadiyya, 22 tahun, ditembak mati dan 17 yang lain tercedera. Lima askar Zionis dan lima polis pengawal sempadan Zionis juga tercedera.
13 penduduk kem Qalandia terbunuh sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada awal bulan Oktober 2015.