Ribuan Penduduk Iringi Pengkebumian Saad Dawabsha

NABLUS, 9 Ogos 2015 (Maan) — Ribuan penduduk Palestin semalam berarak mengiringi jenazah Saad Dawabsha, mangsa keganasan pendatang Yahudi yang membakar keluarganya pada 31 Julai lalu. Saad menghembuskan nafas terakhir pagi semalam apabila bersabung nyawa akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Sekumpulan pendatang Yahudi membakar rumah keluarga Dawabsha di perkampungan Douma berdekatan Nablus 31 Julai lalu, mengorbankan bayi Ali, 18 bulan, dan mencederakan Saad, isterinya Riham serta seorang lagi anak mereka Ahmad, 4 tahun.

Penduduk berarak dari perkampungan Douma sepanjang tiga kilometer menuju ke tanah perkuburan. Sepanjang perarakan, mereka melaungkan seruan supaya membalas dendam ke atas kematian Saad dan anaknya Ali.

Isterinya Riham dan anak mereka Ahmad masih berada dalam keadaan kritikal di hospital Tel HaShomer.

Semalam, pendatang Yahudi sekali lagi menyerang sebuah rumah di perkampungan Douma dengan membaling batu dan bom cocktails.

Menurut kenyataan UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), pendatang Yahudi telah melakukan sekurang-kurangnya 120 serangan ke atas penduduk Palestin di Al-Quds Timur dan Tebing Barat sejak awal tahun 2015.

Pendatang Yahudi lazimnya dilindungi oleh tentera Zionis ketika melakukan serangan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts