GAZA, 8 Mei 2016 (IC) — Ribuan penduduk Gaza semalam mengiringi jenazah tiga kanak-kanak dari keluarga al-Hindi yang terkorban dalam tragedi kebakaran akibat api lilin.
Upacara pengkebumian Rahaf, Yusra dan Naser turut disertai oleh Briged al-Qassam, sebagai menandakan bahawa anak-anak kecil tersebut meninggal dunia sebagai mangsa sekatan zalim berterusan rejim Zionis dan sekutunya.
Keluarga al-Hindi terpaksa menggunakan lilin apabila bekalan elektrik di Gaza terputus akibat sekatan Zionis dan birokrasi pentadbiran Palestin di Ramallah.