Ribuan penduduk Nablus hadiri upacara pengebumian Ayesha al-Rabi

NABLUS, 14 Okt 2018 — Ribuan penduduk Palestin semalam berarak menyertai upacara pengkebumian Ayesha al-Rabi, 45, yang terbunuh apabila diserang dengan batu oleh pendatang Yahudi di selatan Nablus pada hari Jumaat.

Mereka berarak dari Hospital an-Najah di Nablus sehingga ke rumahnya di Bidia, Salfit, di mana jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Ayesha meninggal dunia akibat cedera selepas segerombolan pendatang Yahudi membaling batu ke arah kereta yang beliau naiki bersama suaminya, Yacoub, berdekatan sekatan tentera Zaatara di selatan Nablus.

Beliau cedera parah di bahagian kepala. Manakala suaminya mengalami kecedaraan ringan.
Ayesha dan suaminya sibuk mengurus majlis pernikahan anak perempuan mereka yang akan diadakan pada minggu hadapan. Ayesha meninggalkan lapan orang anak.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts