Ribuan terpaksa solat Jumaat di atas jalan

AL-QUDS, 14 Julai 2017 (PIC) — Rejim Zionis menutup semua pintu Masjid al-Aqsadan menghalang jemaah memasukinya buat kali pertama sejak 1969, sehingga mereka terpaksa mendirikan solat di atas jalan berdekatan pintu masjid.

Sebahagian daripada kawasan Kota Lama al-Quds dan semua laluan ke Masjid al-Aqsa ditutup.

Sementara itu semua penjaga masih masih ditahan sejak pagi tadi, dan laungan azan tidak dapat dikumandangkan.

Ribuan jemaah mendirikan solat berdekatan pintu-pintu masjid dan juga di sekatan-sekatan tentar yang dipasang di seluruh kota, menjadikan kota suci Islam itu seperti sebuah kawasan operasi tentera dan mencetus beberapa pertempuran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts