Ribut Taufan: Keperitan dan kesengsaraan Rakyat Palestin

GAZA, 16 Disember – Penduduk Palestin yang menjadi mangsa pelarian perang menghadapi kesukaran dan kepahitan dalam meneruskan kehidupan apabila rumah kediaman mereka di kem kem pelarian musnah ditimpa ribut taufan yang melanda wilayah berkenaan dua hari lepas, menurut seorang pegawai pertahanan awam.

Menurut laman sesawang Ma’an News Agency,hujan lebat yang turun telah merosakan struktur bangunan yang dibina berasaskan batu bata dan asbestos oleh Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Ribut taufan memuncak pada malam Ahad dan awal pagi Isnin. Kelihatan penduduk Palestin berusaha untuk membaiki bumbung rumah yang dibina berasaskan asbestos dan kepingan besi setelah rosak teruk ditimpa hujan lebat. Beberapa tempat di kawasan rendah dinaiki air.

“Pasukan pertahanan awam berhadapan dengan hampir 60 panggilan kecemasan didalam masa kurang 48 jam.” Kata Raed Dahshan, pengarah operasi.

Menurut beliau lagi, pokok yang tercabut akibat daripada angin dan hujan yang kuat telah jatuh menimpa kabel kabel elektrik dan beberapa buah rumah di sekitar Jabalia, An-Nasser dan Ash-Shati dilaporkan banjir. Para pekerja sedang berusah mengalirkan air hujan yang menenggelamkan kawasan berkenaan, tambah beliau lagi.

Selain itu, sebuah penjana elektrik dilaporkan terbakar di dalam sebuah bangunan di barat Bandar Gaza. Kebakaran tersebut menyebabkan seorang rakyat Palestin cedera terbakar tahap sederhana dan mangsa telah dihantar ke hospital Dar Ash-Shifa di Bandar Gaza, tambah Dahshan. (mna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts