Roadshow HALUAN Palestin di Pulau Pinang

Kuliah Maghrib di Masjid Permatang Binjai, SPU telah disampaikan oleh penceramah daripada Seketariat HALUANPalestin Pulau Pinang, Ustaz Abdul Rahim Hamid. 30 ahli jemaah masjid didedahkan dengan fakta dan data yang disertai nas-nas Al-Quran dan hadis berkenaan kedudukan bumi Palestin di sisi agama Islam dan umat Islam. Walaupun penyampaian Ustaz Rahim memakan masa yang sedikit panjang, iaitu sehingga jam 9:30 malam, para jemaah tidak berganjak daripada tempat duduk sehingga tamat.

Seusai solat isya, Ustaz Abdul Rahim mengimamkan para jemaah melakukan solat hajat memohon pertolongan dan bantuan Allah kepada umat Islam di Gaza dan di Palestin.

[nggallery id=5]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts