Rumah penduduk Gaza dibom “secara tidak sengaja”

GAZA, 15 Dis 2020 — Tentera penjajah Zionis malam tadi melepaskan tembakan meriam kereta kebal, menyasarkan sebuah rumah di bandar Juhr ad-Deek, Gaza Tengah.

Rumah yang tidak didiami itu mengalami kerosakan, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan di sekitar kawasan insiden.

Kenyataan tentera Zionis menyebut serangan tersebut berlaku secara tidak sengaja, dan mereka akan membuat siasatan berkaitannya.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts