BAITULMAQDIS, 7 Mac 2018 — Kerja-kerja penggalian oleh rejim Zionis di kawasan Silwan di selatan Masjid al-Aqsa semakin rancak kebelakangan ini, sehingga lebih 90 buah rumah rosak dan mengalami keretakan besar.
Rumah-rumah terbabit berhadapan dengan risiko runtuh pada bila-bila masa, akibat penggalian bawah tanah dan sekitar tapak suci itu yang tidak pernah berkesudahan sejak tahun 1967.
Isnin lalu, semua lima ahli keluarga Ashraf Abu Rmeila terpaksa meninggalkan rumah mereka kerana telah rosak sekian lama akibat penggalian di bawah kawasan Silwan. Beberapa bulan lalu, keluarga Pengarah Pusat Maklumat Wadi Hilweh sendiri dan keluarga Oweida terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Beberapa kecederaan akibat runtuhan juga dilaporkan di sekolah UNRWA di Wadi Hilweh, di mana 14 orang pelajar terjatuh ke dalam lubang apabila lantai bilik darjah mereka runtuh akibat penggalian bawah tanah.
(PIC)