Rusia tolak bantahan Zionis ke atas kunjungan Ismail Haniyeh

MOSCOW, 19 Dis 2018 — Rusia hari ini menolak bantahan rejim Zionis ke atas undangan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, untuk berkunjung ke Moscow akhir bulan ini.

Duta Zionis di Moscow, Ghery Kurin, menyampaikan bantahan rasmi kepada Kementerian Luar Rusia kerana mengundang Ismail, sementera bantahan yang sama turut dihantar kepada kedutaan Rusia di Tel Aviv.

Rusia menolak bantahan tersebut dengan mendakwa bahawa rejim Zionis sendiri melakukan rundingan dengan Hamas. Mereka menyatakan bahawa undangan tersebut bertujuan untuk menghalang keadaan di Palestin menjadi semakin buruk.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts