Saham Pemulihan Gaza dilancarkan di Turki

Badan Arab Antarabangsa untuk Pemulihan Gaza pada pertengahan bulan Jun lepas (17/6) telah mengadakan Konferensi Antarabangsa pertama untuk pemulihan Gaza yang dihadiri oleh 800 perwakilan dari 30 Negara Arab, Negara Islam dan Eropah yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan, lembaga kebajikan, perusahaan dan perniagaan.

Badan yang dibentuk oleh Persatuan Jurutera Jordan, Negara-negara Arab dan antarabangsa ini menyerukan agar pemulihan Gaza segera dimulai. Ini memandangkan adanya keperluan mendesak untuk pembinaan semula Gaza yang mengalami musibah perang yang menghancurkan infrastrukturnya sehingga tidak mampu melayani warga masyarakat dengan baik.

Badan ini telah mengenalpasti 450 projek kesihatan, pemukiman dan pendidikan di Jalur Gaza yang memerlukan pemulihan segera dengan beban anggaran mencapai setengah juta dolar Amerika Syarikat.

Konferensi ini mengumumkan pelancaran saham pemulihan Gaza kepada umum melalui badan pertubuhan, badan-badan Arab,  negara Islam dan antarabangsa.

Wail As-Saqa, Ketua Dewan Pengurusan badan tersebut mengatakan bahawa nilai saham mencapai 100 Euro dan akan ditawarkan ke sejumlah negara untuk membuka peluang untuk bersaham dalam pemulihan Gaza.

Badan tersebut telah merujuk akan fatwa ketua Persatuan Ulama Umat Islam, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang menilai bahawa saham pemulihan Gaza adalah zakat yang diwajibkan kepada setiap muslim.

As-Saqa mengatakan bahawa kini sudah dibuka Biro Badan tersebut di beberapa negara seperti Jordan dan Turki dan akan dibuka lagi ke beberapa negara Arab lainnya dan negara-negara Islam. Ia juga menjelaskan bahawa Badan ini akan didaftarkan secara rasmi di Britain dan Turki. Dalam kesempatan ini juga, Turki menyumbangkan 350 juta Euro untuk pemulihan Gaza. (bn-bsyr/pic/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts