Salfit diserbu tentera Zionis 2 hari berturut-turut

SALFIT, 6 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menyerbu kota Salfit dua hari berturut-turut untuk menjejak pemuda Abdulhakim Asi yang disyaki menikam dan menyebabkan kematian seorang pendatang Yahudi berdekatan penempatan haram Ariel semalam.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan Abdulhakim, 19, yang berasal dari kota Jaffa turun dari sebuah kenderaan sebelum menyeberangi jalan dan menikam pendatang terbabit yang sedang menunggu di tepi jalan.

Mangsa dikenali sebagai Itamar Ben-Gal, 40, seorang guru agama Yahudi dari kawasan penempatan haram Har Bracha di selatan Nablus.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts