GAZA, 16 Ogos 2016 (PIC) — Pihak berkuasa penjara Zionis semalam membebaskan tahanan wanita dari Gaza, Sanaa al-Hafi, di lintasan Beit Hanoun setelah menjalani hukuman penjara selama 20 bulan.
Sanaa, 40, ditangkap pada 6 Mei 2015 ketika menuju ke Gaza setelah menziarahi keluarganya di Ramallah. Beliau dituduh oleh badan perisikan Zionis, Shin Bet, memindahkan wang kepada “kumpulan haram.”