Satelit Komunikasi Zionis Putus Hubungan

NAZARETH, 22 Nov 2015 (PIC) — Semua bentuk hubungan dengan satelit komunikasi Amos-5 milik rejim Zionis tidak dapat dipulih semula sejak pagi semalam.

Menurut operator satelit tersebut, Spacecom, mereka gagal untuk mengesan sebab kegagalan hubungan tersebut. Menurut mereka, insiden ini boleh membawa kesan ekonomi terutama kepada pelanggan di Afrika yang tidak lagi dapat menerima perkhidmatan dari satelit tersebut.

Spacecom telah menandatangi satu perjanjian dengan Facebook untuk melancarkan Amos-6 pada tahun 2016 bagi memberi perkhidmatan internet kepada sebahagian besar wilayah Sub-Sahara Afrika.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts