Satu Bom Setiap Tiga Minit, 176 Terkorban

stat2GAZA, 14 Julai 2014 (Ma’an | IMEMC) — Tiga penduduk awam di Khan Younis di selatan Gaza terbunuh dalam serangan tanpa henti tentera Zionis lewat petang semalam.

Korban terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 178 orang manakala lebih 1120 lagi tercedera sejak bermulanya serangan pada petang Isnin 7 Julai lalu.

Dalam pada itu pertubuhan Euro-Mid Observer for Human Rights yang berpengkalan di Geneva menyebut, berdasarkan kadar serangan tentera Zionis sejak enam hari lalu, rakyat Gaza telah berhadapan dengan kadar satu serangan bom dalam setiap tiga minit dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Pertubuhan tersebut juga menegaskan tentang peningkatan dalam strategi tentera Zionis menyasarkan institusi serta kemudahan awam pada hari keempat serangan.

Sekolah Salah di Deri Balah, saluran paip air bersih yang membawa bekalan kepada 20,000 penduduk kawasan Zaitun dan sebuah pusat rawatan air telah menjadi sasaran. Zionis juga menyasarkan kenderaan milik majlis perbandaran Kem Pelarian Buriej, menyebabkan dua terkorban dan beberapa yang lain tercedera.

Zionis juga dengan sengaja memusnahkan jaringan bekalan elektrik di Gaza City, Rafah dan utara Gaza, menyebabkan kehilangan bekalan elektrik sebanyak 45 MW.

Serangan tanpa henti dalam tempoh begitu lama menimbulkan kebimbangan di kalangan openduduk awam, terutamanya kanak-kanak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts