Satu jam selepas dibuka, 121 cedera diserang polis Zionis di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Julai 2017 — Hanya satu jam selepas ribuan jemaah memasuki Masjid al-Aqsa buat pertama kali sejak hampir dua minggu lalu, polis Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah di kawasan berdekatan pintu masuk dan juga perkarangan tapak suci itu.

Sekurang-kurangnya 121 orang jemaah dirawat akibat terkena tembakan peluru dan sesak nafas, sementara ramai yang lain cedera dipukul dan disembur dengan lada pemedih mata.

Apabila pertempuran tercetus, polis Zionis menutup Pintu al-Huttah, iaitu pintu terakhir dibuka sebelum para jemaah masuk tengahari semalam. Mereka turut menurunkan bendera Palestin yang dikibar di bumbung al-Aqsa.

Sejak jam 7:00 malam, polis Zionis hanya membenarkan wanita dan warga emas memasuki masjid ketiga paling suci itu.

Ratusan mereka yang dihalang masuk mendirikan solat di jalan-jalan berdekatan pintu masuk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts