TEBING BARAT, 27 Sep 2015 (MEMO) — Penduduk asal Palestin dihalang memasuki sekitar satu per tiga daripada keseluruhan wilayah Tebing Barat apabia tentera Zionis mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon tentera.
Laporan bertajuk “A Locked Garden – Declaration of Closed Areas in the West Bank’ yang diterbitkan oleh pertubuhan Kerem Navot mendedahkan seluas lebih 1.7 juta dunam tanah Palestin dirompak menjadi kawasan larangan zon tentera.
Sungguhpun polisi merompak tanah ini dilakukan atas alasan “keselamatan”, kaedah menghalang pemilik asal memasuki kawasan tanah mereka dilihat sebagai langkah awal bagi menjajah Tebing Barat. Sebagai contoh, 78% daripada kawasan yang ditutup untuk muslihat “keselamatan” itu sebenarnya tidak digunakan digunakan untuk apa-apa yang berkaitan dengan ketenteraan.
Tambahan pula, tentera Zionis telah mengisytiharkan semua kawasan penempatan haram sebagai zon ketenteraan, di mana penduduk Palestin diharamkan dari kawasan tersebut. Pendatang Yahudi bebas mengusahakan industri pertanian di kawasan tersebut, sungguhpun ianya adalah “kawasan larangan tentera”. Penempatan seperti itu meliputi seluas 9.7% daripada kawasan Tebing Barat, atau 540,000 dunam. Satu ekar bersamaan dengan empat dunam.
Laporan penuh boleh dimuat-turun di sini.