Saya Bangga Dengan Kemusnahan Gaza

Menteri Wanita Israel, May Golan, sekali lagi menunjukkan sikap melampau dan tidak berperikemanusiaan dengan kemusnahan di Gaza. Beliau pernah menyatakan perkara sama semasa bulan Disember 2023.

Ini Kenyataan Terbaru Beliau

“Saya secara peribadi berbangga dengan kemusnahan yang berlaku di Gaza” kata Golan dalam ucapan di parlimen (knesset).

Setiap bayi, walaupon 80 tahun dari sekarang, akan memberitahu cucu mereka apa yang dilakukan oleh orang yahudi” tambahnya.

Dia kemudiannya berkata, “kami tidak malu untuk mengatakan bahawa kami mahu melihat tentera Israel, pahlawan suci kami, menangkap sinwar dan “pengganasnya” dan mengheret mereka ke seluruh Gaza. Seterusnya menuju penjara bawah tanah Israel atau keranda”.

Maya Golan turut mengecam mewujudkan idea negara Palestin!

Angka Kematian Terus Meningkat

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 29,410 telah dibunuh dan 69,465 cedera dalam aktiviti genosid di Gaza. 7,000 tidak dapat ditemui dengan andaian mati dibawah runtuhan bangunan akibat dibom.

Majoriti yang dibunuh adalah kanak-kanak dan wanita.

Ketika ini, penduduk Gaza berjumlah 1.5 juta telah dipaksa berkumpul di sempadan Rafah. Semoga Allah melindungi penduduk Gaza.

Penulis : http://t.me/kapsulbaitulmaqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts