Gaza, 22 Januari 2012 – Pagi tadi, 4 warganegara yang terdiri daripada seorang lelaki, dan isterinya dan anaknya telah tercedera akibat kesan letupan yang besar di sebuah rumah di Perkhemahan Jabaliya yang terletak di utara semenanjung Gaza.
Jurucakap bagi Jawatankuasa Tertinggi Ambulans dan Kecemasan di semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan bahawa letupan tersebut telah mengakibatkan kecederaan kepada lelaki dan keluarganya itu. Seorang lelaki lain telah menggambarkan kecederaan yang dialami mereka sebagai kecederaan yang sederhana.
Abu Salmiah menjelaskan lagi bahawa kenderaan-kenderaan Ambulans telah membawa orang-orang yang tercedera itu ke Hospital Kamal A’dwan di utara semenanjung Gaza untuk menerima rawatan.
Diterjemahkan oleh Muhammad Uzair bin Izham
Sumber : paltoday.ps