Sebuah Lagi Stesen Radio Palestin Ditutup

AL-KHALIL, 29 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis pagi tadi mengeluarkan arahan supaya sebuah stesen radio Palestin di Al-Khalil ditutup, iaiu stesen yang ketiga diarah tutup sepanjang bulan ini.

Pengarah Dream Radio, Talab Al-Jaabri, melaporkan tentera Zionis menyerang masuk stesen tersebut dan memusnahkan peralatan serta merosakkan pejabat. Menurut beliau, stesen tersebut diarah tutup selama enam bulan atas alasan “membuat hasutan ke atas rejim Zionis.”

Sebelum ini, tentera Zionis telah menyerang dan menutup stesen Radio Al-Khalil dan Manbar al-Huriyya, kedua-duanya terletak di Al-Khalil. Mereka turut memberi ugutan untuk menutup dua lagi stesen radio, One dan Nas West Bank, sekiranya mereka didapati menyiarkan kata semangat dan slogan kebangsaan Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts