Sekolah dan klinik UNRWA di Gaza mungkin terpaksa ditutup

Isnin 16 Ogos — UN Relief and Works Agency (UNRWA) bagi rakyat Palestin telah mengeluarkan satu amaran bahawa mereka akan terpaksa menutup semua sekolah dan klinik perubatan di Gaza kerana tidak mempunyai dana yang mengcukupi.

Seorang jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna, menyatakan bahawa agensi tersebut kini mengalami masalah defisit perbelanjaan sebanyak USD 84 juta. “Keadaan ini akan memaksa UNRWA menutup semua institusi, sekolah dan klinik di Gaza mulai September”, terang beliau.

Menurut Abu Hasna lagi, negara-negara Arab menjadi faktor kepada sebahagian besar daripada masalah tersebut, di mana mereka hanya menyalurkan 1.5 peratus kepada bajet UNRWA sedangkan mereka telah berjanji untuk memberi sumbangan sebanyak 7.5 peratus.

UNRWA memberikan bekalan keperluan asas makanan, pendidikan dan rawatan kesihatan kepada kira-kira 4.7 juta pelarian Palestin, termasuk seramai 1 juta orang di Gaza. Wilayah yang telah lebih 4 tahun dikenakan embargo oleh Israel dan sekutunya itu tersangat memerlukan bantuan keperluan asas untuk terus hidup. (mn/PressTV)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts