Sekretariat HALUANPalestin Mengutuk Sekeras-kerasnya Kekejaman Israel

Sekretariat HALUANPalestin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan.

Sekretariat HALUANPalestin menyeru dengan segenap kekuatan menolak dan menentang tindakan keji dan kejam Israel, diskriminasi dan konspirasi yang dilakukan kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza.

Sekretariat HALUANPalestin menyeru:

  1. Kepada segenap umat dan bangsa Arab dan Islam … mulai saat ini, bersegeralah membantu dan mendukung perjuangan warga Palestin, berkorban demi kesucian negeri Palestin; untuk melawan kebiadaban Zionis dan tindakan pembantaian yang kejam terhadap  bangsa Palestin dengan jelas dan terang-terangan.
  2. Kepada Persatuan Parlimen Arab dan Islam… harus bertanggungjawab terhadap peristiwa yang terjadi dan berdiri dalam satu barisan bersama umat dan membatalkan hal-hal yang berkaitan dengan kesepakatan perdamaian bersama musuh zionis.
  3. Kepada pemerintah dan pemimpin Arab dan Islam.. hendaklah menunaikan tugas dan kewajibannya, seperti:
    • Berdiri tegak bersama umat dalam menolak perilaku zalim dan kejam zionis, dan memberikan bantuan untuk para penduduk di Palestin.
    • Memutus hubungan atau segala bentuk komunikasi langsung atau tidak langsung dengan zionis dan sekutunya.
    • Menerapkan semangat kesepakatan dalam negara Islam dan bersegera bersatu untuk mempertahankan bumi Palestin.
    • Memberikan bantuan segera kepada rakyat Palestin samada dari segi perubatan, kewangan, bekalan makanan, bantuan kemanusiaan dan ketenteraan dengan kadar segera.

Hendaknya Zionis teroris menyedari bahawa mereka tidak akan mampu membendung dan menghentikan semangat rakyat Palestin mempertahankan bumi mereka sedikitpun sebaliknya mereka akan mendapat kehinaan dan kehancuran.

Sekretariat HALUANPalestin

Anda boleh menyumbang kepada usaha Sekretariat HALUANPalestin untuk projek bantuan mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin melaluiNama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
No Akaun: 14-023-01-003429-2
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts