Selatan Gaza diserang lagi

GAZA, 5 Mei 2016 (PIC) — Jet tentera Zionis petang tadi melancarkan empat lagi serangan udara ke kawasan Rafah di selatan Gaza, hanya beberapa jam selepas tentera mereka menceroboh masuk wilayah utara Gaza berdekatan sempadan.

Jet-jet F-16 dilaporkan menyasar beberapa tempat latihan mujahidin di barat Rafah. Dua lagi serangan menyasarkan kawasan pertanian di Abu al-Rus, namun tidak ada kecederaan awal dilaporkan.

Terdahulu dalam serangan kereta kebal ke atas bandar Khan Younis di selatan Gaza, seorang pemuda Palestin dilaporkan tercedera. Sebuah pengkalan pemerhati yang digunakan oleh Briged Saraya al-Quds turut diserang, namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Berikutan meningkatnya provokasi dan serangan Zionis, para mujahidin melepaskan tembakan mortar ke arah jentera tentera Zionis yang memasuki wilayah Gaza sejak awal pagi. Lapan buah kenderaan tentera termasuk tiga buah buldozer menceroboh masuk sehingga 60 meter ke dalam kawasan bandar Beit Hanoun di utara wilayah Gaza.

Ketegangan terus meningkat di seluruh wilayah Gaza sejak petang semalam apabila tentera Zionis melancarkan beberapa serangan udara dan menceroboh masuk wilayah Gaza berdekatan kawasan sempadan.

Empat sekeluarga iaitu Hassan Hassanien, 65, dan tiga kanak-kanak dilaporkan cedera dalam serangan udara terdahulu di kejiranan al-Zaytoun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts