Selepas Kebakaran, Ribut Melanda Israel

Akhbar berita online Israel Jpost melaporkan bahawa negara itu kini dilanda ribut kencang selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya.

Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah meranapkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik.

Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa menutup hutan simpan di selatan padang pasir Negev kerana kemungkinan berlaku banjir.

Pihak polis masih gagal mengesan lelaki yang hilang kerana cuaca buruk dan ribut kencang di persisiran pantai itu, lapor radio rejim zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts