Semangat Membara Dari Universiti-Universiti di Gaza

Gaza: Rektor Universiti Islam Gaza, Kamalin Sya’t menyatakan bahawa para pensyarah dan pegawai akan mulai aktif di kampus pada hari Sabtu (23/01) depan. Perjadualan kuliah bagi para mahasiswa akan diumumkan kemudian sekitar 10 hari lagi. Dia mengatakan bahawa kampusnya sudah melakukan segenap persiapan untuk menghadapi krisis ini.

Sementara itu Rektor Universiti al Azhar Gaza, Dr. Jawad Wadi dalam pernyataannya juga menyatakan bahawa dewan kampus akan melakukan pertemuan hari Khamis. Aktivis akademik dan pentadbiran akan dimulai hari Ahad sementara jadual kuliah para mahasiswa akan diumumkan kemudian. Mengenai ujian akhir semester pertama, Dr. Wadi menyebutkan kampus akan mengumumkan waktu ujian kelak. Namun ujian tetap dilaksanakan sebagaimana yang sudah diputuskan dan tidak akan ada perubawan jadual.

Manakala di Universiti Al Aqsha, Wakil Rektor Dr. Munir Nisywan mengatakan bahawa dewan akan mengadakan pertemuan hari Rabu ini. Sementara waktu kuliah untuk para mahasiswa akan diumumkan kemudian. Pihaknya sudah melihat bangunan kampus dan kerosakan yang terjadi. Namun pihaknya menyatakan kesediaan untuk memulai perkuliahan.

Perlu disebutkan bahawa selama perang ke Jalur Gaza, pesawat-pesawat tempur Zionis Israel menggempur sebahagian besar gedung Universiti Islam Gaza. Sementara itu kampus-kampus mengalami kerosakan besar akibat serangan ganas bom Yahudi Zionis disekitarnya. (Sumber: InfoPalestin)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts