RAMALLAH, 22 Sep 2015 (Alray) — Tentera Zionis menutup sepenuhnya semua lintasan di Tebing Barat dan Gaza sepanjang sambutan perayaan Yom Kipur. Penutupan akan berlangsung dari tengahari Selasa sehingga tengah malam Rabu, iaitu selama 36 jam.
Kenyataan tentera turut menyebut bahawa pembukaan semual lintasan akan bergantung kepada “penilaian keadaan semasa.”
Lintasan Gaza hanya akan dibuka untuk kes perubatan dan kemanusiaan, bergantung kepada kelulusan oleh koordinator aktiviti rejim Zionis di wilayah Palestin.