Semua lintasan sempadan Tebing Barat dan Gaza ditutup 2 hari

RAMALLAH, 18 Sep 2018 — Rejim Zionis mengumumkan penutupan semua lintasan sempadan ke atas wilayah Tebing Barat dan Gaza selama dua hari mulai malam ini, bersempena perayaan Yom Kippur.

Pintu lintasan Karam Abu Salem dan Beit Hanoun di Gaza akan ditutup mulai pagi ini (Selasa), di mana hanya kes kemanusiaan dan kecemasan perubatan yang mempunyai permit dibenarkan melintas.

Sementara pintu lintasan al-Karama di antara Tebing Barat dan Jordan akan ditutup mulai 8:30 pagi sehingga lewat hari Rabu.

Rejim Zionis akan menutup laluan Tebing Barat dan Gaza sekali lagi dari 22 September sehingga 1 Oktober bersempena musim cuti Sukkot.

Minggu lalu, pintu-pintu lintasan Gaza ditutup selama tiga hari kerana sambutan tahun baru Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts