GAZA, 7 Sep 2015 (Palinfo) — Penduduk Gaza terus dihimpit oleh sekatan dan kezaliman rejim Zionis yang dibiarkan tanpa pembelaan oleh masyarakat dunia. Bahkan dengan terbentuknya kerajaan perpaduan Palestin yang berpusat di Ramallah, keadaan di Gaza semakin tenat kerana hak-hak asasi mereka tidak disalurkan.
Para guru yang bertugas di Gaza tidak mendapat bayaran gaji sejak lapan belas bulan lalu. Begitu juga keadaan di hospital dan pusat-pusat kesihatan, di mana bekalan ubatan dan keperluan medik untuk penduduk Gaza yang sedang kesakitan tidak mendapat perhatian pihak kementerian di Ramallah.