Seorang Cedera Ditembak, Seorang Ditangkap Dalam Pertempuran di Al-Khalil

AL-KHALIL, 21 Dis 2017 — Pemuda Palestin Aboud Jaradat cedera ditembak dengan peluru hidup manakala seorang lagi pemuda ditangkap dalam pertempuran dengan tentera Zionis di kawasan Wad Khenias berdekatan Kota Lama al-Khalil petang tadi.

Pertempuran di Wad Khenia berlarutan sejak tiga hari lalu, di mana penduduk Palestin yang berhimpun mengadakan bantahan diserang dengan tembakan peluru hidup dan grenad gas pemedih mata.

Pertempuran turut tercetus di laluan masuk kem pelarian al-Fuwar di barat daya al-Khalil dan berdekatan menara pemerhati tentera Zionis di Sidat al-Fahs, selatan al-Khalil.

Tentera Zionis menutup laluan Jalan 60 yang menuju ke kawasan penempatan haram Jabal al-Khalil dan menangkap pemuda Khalil al-Atrash, 23, selepas memukul beliau.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts