Seorang cedera, seorang diculik dalam pertempuran di Ramallah

RAMALLAH, 3 Jun 2018 — Seorang pemuda Palestin cedera dan seorang lagi diculik selepas tentera Zionis menyerbu perkampungan Beit Reema dan Nabi Saleh di barat laut kota Ramallah pagi tadi.

Pasukan khas tentera Zionis berpakaian preman memecah masuk tiga buah rumah di perkampungan Beit Reema dan menculik pemuda Mutayam al-Rimawi.

Pertempuran sengit tercetus selepas pasukan bantuan tentera Zionis tiba untuk melindungi tentera khas tersebut. Pesawat-pesawat dron juga berlegar di ruang udara perkampungan dan kawasan sekitarnya.

Selepas tentera Zionis berundur dari Beit Reema, pertempuran lain tercetus di perkampungan Nabi Saleh yang berdekatan.

Seorang pemuda cedera terkena tembakan pelu getah di bahagian mukanya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts