Seorang Diplomat Israel Di Usir Dari Australia

24 Mei – Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd mengusir seorang diplomat Israel berkaitan pemalsuan pasport perjalanan. Berdasarkan penyelidikan badan perisikan Australia ke atas penggunaan pasport-pasport palsu Australia di Dubai, disimpulkan bahawa pasport palsu itu merupakan tindakan badan perisikan Israel. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Luar Australia, Stephen Smith pada parlimen Australia hari ini.

“Tidak ada pemerintahan yang boleh sewenangnya melakukan penyalahgunaan pasport-pasportnya, khususnya oleh pemerintah asing,” cetus Smith seperti dilaporkan akhbar harian Australia, Sydney Morning Herald (SMH), pada isnin (24/5). “Ini mencerminkan penghinaan nyata atas keamanan sistem pasport kita,” kata Stephen Smith.

Skandal pemakaian pasport palsu ini muncul setelah pembunuhan seorang komandan Hamas, Mahmoud al-Mabhouh pada Januari lalu. Tokoh Hamas itu ditemukan mati di bilik hotelnya di Dubai pada 20 Januari lalu.

Hasil siasatan polis di Dubai telah mengenalpasti 27 orang yang terlibat dalam pembunuhan itu. Seramai 12 orang di antaranya memasuki Dubai dengan menggunakan pasport palsu UK. Empat orang disyaki menggunakan pasport Australia atas nama-nama empat orang berkewarganegaraan Australia-Israel adalah palsu.

Smith mengatakan, bagusnya kualiti pasport palsu itu telah membuktikan pada keterlibatan pejabat perisikan negara. “Pemerintah Australia telah meminta seorang anggota kedutaan Israel di Canberra agar keluar dari Australia,” kata Smith tanpa menyebut nama penuh diplomat Israel tersebut. “Saya telah meminta beliau keluar dari Australi secepat mungkin,” kata Smith.

Pada Mac lalu, kerajaan Britain juga telah mengusir ketua Mossad, perisikan Israel, di London atas penggunaan pasport palsu Britain dalam pembunuhan al-Mabhouh di Dubai tersebut. Kerajaan Perancis, Ireland dan Jerman juga menyelidiki penggunaan salinan pasport-pasport mereka dalam pembunuhan komandan Hamas tersebut. (dc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts