Seorang lagi ibu muda Palestin dibunuh secara sengaja oleh tentera Zionis

TULKAREM, 2 Jun 2016 (Maan) — Seorang ibu Palestin Ansar Hussam Harasha, 25, meninggal dunia setelah cedera parah ditembak dan dibiarkan tanpa bantuan oleh tentera Zionis di sekatan tentera Anabta di timur wilayah Tulkarem tengahari tadi.

Media Zionis melaporkan mangsa ditembak kerana cuba menikam seorang askar. Sedangkan para saksi menyebut bahawa mangsa ditembak ketika berada lebih tiga meter daripada pasukan tentera. Tidak ada sebarang kecederaan di pihak Zionis.

Kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin dan beberapa saksi lain berkata bahawa mangsa dibiarkan berdarah di atas tanah, di mana tentera menghalang krew ambulan daripada mendekatinya.

Mangsa adalah ibu kepada dua orang anak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts