Seorang maut, 248 cedera di Tebing Barat

AL-KHALIL, 16 Mei 2018 — Seorang maut dan 248 yang lain cedera apabila tentera Zionis menyerang penduduk Palestin yang berhimpun memperingati ulang tahun ke-70 peristiwa hitam Nakba hari ini.

Ahli majlis perbandaran Sa’ir di wilayah al-Khalil, Edrees Shaker Jabareen, 58, meninggal dunia setelah cedera diserang dengan gas pemedih mata. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital al-Ahli, namun tidak dapat diselamatkan akibat kesan gas beracun. Edrees, yang kebetulan baharu menjalani pemeriksaan kesihatan beberapa hari lalu, disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Sementara itu 248 yang lain cedera dalam beberapa pertempuran di Tebing Barat, ketika penduduk mengadakan bantahan ke atas pembukaan pejabat kedutaan Amerika di Baitulmaqdis. Sebahagian daripada mangsa terkena tembakan peluru hidup.

(IMEMC, PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts