Seorang pemuda Gaza maut, 6 cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 6 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menembak mati seorang pemuda dan mencederakan enam yang lain dalam beberapa pertempuran di timur semapdan Gaza petang tadi.

Fadi al-Najjar, 32, ditembak dengan peluru hidup di bahagian perut dan meningga dunia di sebuah hospital.

Tujuh orang pemuda Gaza telah dikejarkan ke beberapa hospital, di mana tiga daripada mereka terkena tembakan peluru hidup, seorang dalam keadaan parah, dan empat yang lain terkena peluru tembakan gas pemedih mata.

Kumpulan pemuda Palestin mengadakan bantahan terhadap kepungan ke atas Gaza sejak beberapa hari lalu, dengan mengebar bendera Palestin dan membakar tayar berdekatan kawasan sempadan. Tentera Zionis bertindak balas dengan meelpaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts