Seorang remaja Palestin maut, 5 cedera dalam pertempuran di Beit Lahm

BEIT LAHM, 16 Jan 2017 (Maan) — Remaja Palestin Qusay Hasan al-Umour, 17, ditembak mati oleh tentera Zionis dan lima yang lain termasuk seorang wanita cedera dalam pertempuran dengan di laluan masuk sebelah barat ke perkampungan Tuqu di timur Beit Lahm petang tadi.

Laporan pegawai perubatan di Hospital al-Husein di Beit Jala mendapati Qusay ditembak dengan enam butir peluru hidup di bahagian dada, satu daripadanya tepat mengenai jantung. Beliau yang pernah merengkok selama tujuh bulan dalam penjara Zionis sebelum ini pernah beberapa kali cedera ditembak tentera Zionis di perkampungan tersebut.

Menurut saksi, tentera Zionis menahan jenazah Qusai selepas menembak beliau, dan membiarkan beliau berdarah sehingga meninggal dunia. Tentera hanya membenarkan pasukan perubatan Palestin membantu selepas mangsa disahkan meninggal dunia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts