SALFIT, 9 Mac 2016 (PIC) — Seorang remaja Palestin meninggal dunia manakala seorang lagi cedera apabila mereka ditembak atas tuduhan cuba menikam askar Zionis berdekatan bandar al-Zawiya di bawat Salfit petang tadi.
Tentera yang berkawal di jalan masuk bandar tersebut dilaporkan melepaskan tembakan ke arah dua remaja Palestin terbabit yang sedang berjalan di kawasan tersebut. Berikutan insiden itu segerombolan tentera Zionis dikerahkan ke tempat kejadian, di mana mereka membiarkan mangsa cedera berdarah dan menghalang ambulan Palestin daripada mendekati beliau.
Mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Ahmed Yousef Amer, 16 tahun, manakala mangsa yang tercedera masih tidak dikenal pasti.
Kawasan al-Zawiya di utara Tebing Barat itu dikepung oleh tentera ZIonis sejak petang semalam selepas pihak penjajah menuduh seorang penduduknya menikam penduduk Yahudi berdekatan penempatan haram Yahudi Petah Tikva di timur Tel Aviv.