NABLUS, 6 Feb 2018 — Seorang penduduk Palestin terbunuh dan 110 yang lain cedera ditembak oleh tentera Zionis di kota Nablus malam tadi, termasuk 32 yang ditembak dengan peluru hidup dan dua dalam keadaan kritikal.
Mangsa dikenali sebagai Khaled Waleed Tayeh, 22, dari perkampungan Iraq-Tayeh di timur Nablus. Beliau meninggal dunia di Hospital al-Najah, Nablus, setelah cedera ditembak di bahagian dada.
Kumpulan besar tentera Zionis menyerbu Jalan Baiker di kota Nablus dan mengepung bangunan apartmen al-Masri. Sembilan penduduk termasuk empat ahli keluarga al-Tubasi ditangkap di situ.
Bangunan itu dikepung kerana sebilangan ahli keluarga Abdulkarim Asi, yang disyaki menikam mati pendatang Yahudi berdekatan penempatan Areil semalam, tinggal di situ.
Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, 110 orang cedera termasuk 32 yang ditembak dengan peluru hidup, 26 ditembak dengan peluru getah dan 51 yang lain sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.
Seorang lagi cedera dilanggar dengan sebuah jip tentera Zionis.
Di samping itu, tentera Zionis turut mengetat sekatan di kota Nablus dan bandar-bandar Tel dan Asira al-Shamaliyah yang berdekatan.
(PIC)