Seorang terbunuh, 2 tercedera dalam serangan tentera Zionis di Jenin

JENIN, 30 Sep 2021 — Seorang pemuda Palestin terbunuh dan dua yang lain tercedera dalam serangan tentera Zionis di bandar Burqin di barat wilayah Jenin awal pagi tadi.

Tentera Zionis menyerbu bandar Burqin dan mengepung rumah tahanan Mahmoud al-Zar’eini, mengarahkan semua penghuninya keluar sebelum mereka memecah masuk.

Pada masa yang sama pasukan tentera berpakaian preman menembak Alaa Ziyoud, seorang pemuda dari perkampungan Silat al-Harithiya yang berdekatan. Beliau maut di tempat kejadian akibat tembakan dari jarak dekat.

Dua yang lain dikejarkan ke sebuah hospital apabila tercedera ketika melawan tentera yang memecah masuk rumah. Beberapa lagi penduduk dilaporkan ditangkap oleh tentera Zionis.

Beberapa hari lalu, tentera Zionis mengepung kawasan rumah Mahmoud dan menculik seorang penduduk dari sebuah rumah berdekatan. Dua penduduk Palestin terbunuh dan dua anggota tentera Zionis cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan di situ.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts