GAZA, 8 Dis 2017 — Seorang penduduk Palestin terbunuh dan 379 yang lain cedera hari ini, iaitu “Hari Kemarahan” bagi membantah pengisytiharan kota al-Quds sebagai ibukota negara haram Zionis oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa pemuda Mahmoud al-Masri, 30, terbunuh dan seramai 134 yang lain cedera dalam konfrontasi dengan tentera Zionis di beberapa lokasi di kawasan timur Gaza.
Sementara Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan mereka telah merawat sekurang-kurangnya 245 orang yang cedera di wilayah Tebing Barat dan al-Quds.
Ketua Staf tentera Zionis, Gadi Eizenkot, mengeluarkan arahan berjaga-jaga serta mengerah pasukannya ke seluruh Tebing Barat dan sempadan timur Gaza berikutan kes pertempuran yang meningkat.