Seorang terbunuh, seorang tercedera ditembak tentera Zionis

JENIN, 5 Feb 2019 — Seorang pemuda Plaestin terbunuh dan seorang lagi tercedera ditembak oleh tentera Zionis di Jenin malam tadi.

Kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menyebut pemuda cedera parah, Omar Ahmed Abu Hanana, 16, dan dikejarkan ke Hospital Jenin, namun mereka tidak dapat mendekati seorang lagi mangsa untuk membantunya.

Menurut saksi, tentera Zionis yang berkawal di sekatan al-Jalama melepaskan tembakan ke arah dua remaja dari perkampungan Arana yang sedang menunggang sebuah motorsikal, membunuh salah seorang daripadanya.

Jenazah mangsa, Abdullah Faisal Omar Tawaliba, 19, diserahkan kepada PRCS di tempat kejadian selepas ditahan oleh tentera Zionis. Sebelum itu, beliau dibiarkan cedera parah dan berlumuran berdarah tanpa bantuan sehinggalah beliau meninggal dunia.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts