GAZA, 5 Mei 2016 (PIC) — Seorang wanita terkorban dan dua pemuda tercedera dalam serangan meriam tentera Zionis di timur bandar Khan Younis di selatan Gaza.
Aisha al-Amour, 55, meninggal dunia selepas cedera dalam serangan meriam ke atas penduduk awam di al-Fakhari di timur Khan Younis. Beliau meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Eropah dalam keadaan sangat kritikal.
Dua pemuda turut tercedera dalam serangan tersebut.
Manakala dalam serangan di kawasan al-Rayyan di timur Rafah, seorang wanita Khazima al-Farra, 21, dilaporkan tercedera.